Nilai hartanah naik semula 2019

Nilai hartanah naik semula 2019

Aset tempatan positif dipacu permintaan tinggi: Savills

Berita Harian9 Jul 2018+3 moreOleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Savills (Malaysia) Sdn Bhd, antara firma perunding hartanah terkemuka global, menjangkakan harga hartanah di negara ini akan kembali melonjak pada separuh kedua tahun hadapan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Christopher Boyd, berkata jangkaan positif sektor hartanah tempatan itu bakal dipacu peningkatan permintaan pembeli mulai tahun ini selaras dengan perkembangan sosioekonomi rakyat Malaysia.

“Ketika ini pasaran hartanah kediaman tidak menunjukkan peningkatan harga yang mendadak ekoran isu stok kediaman di pasaran yang masih tidak terjual serta sentimen pelabur terhadap ketidaktentuan pasaran saham disebabkan oleh kesan luaran seperti perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Selain itu, pembeli juga mengambil sikap tunggu dan lihat ekoran Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu serta langkah yang akan diambil kerajaan baharu.

Masa sesuai beli hartanah

“Apa yang boleh saya katakan, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membeli hartanah di Malaysia kerana berdasarkan pemerhatian dan jangkaan Savills, harga akan kembali melonjak mulai separuh kedua tahun depan,” katanya ketika ditemui Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Boyd berkata, Savills menjangkakan peningkatan permintaan juga selaras dengan kenaikan pendapatan serta penambahan projek hartanah.

Mengulas lanjut, Boyd berkata, Savills menjangkakan peningkatan permintaan juga selaras dengan kenaikan pendapatan serta penambahan projek hartanah.

“Walaupun pada masa ini kadar pembelian masih lagi menurun, kami percaya pasaran akan mengukuh, terutama selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula pada September ini,” katanya.

Kadar pemilikan hartanah

Beliau berkata, Malaysia mempunyai kadar pemilikan hartanah untuk tujuan kediaman yang tinggi disebabkan faktor budaya, selain sokongan pembiayaan yang positif oleh institusi kewangan.

“Rakyat Malaysia sebenarnya beruntung kerana mempunyai akses pemilikan kediaman yang lebih mudah seperti duti setem dan caj guaman yang agak rendah berbanding negara lain, termasuk Singapura.

“Rakyat Malaysia sebenarnya beruntung kerana mempunyai akses pemilikan kediaman yang lebih mudah seperti duti setem dan caj guaman yang agak rendah berbanding negara lain, termasuk Singapura.

“Berdasarkan data Savills, Boyd menjelaskan permohonan pinjaman kediaman bagi Januari hingga Februari 2018 adalah sebanyak RM33 bilion berbanding RM32 bilion bagi tempoh sama 2017.

“Jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Februari 2018 adalah RM14 bilion daripada RM13 bilion bagi dua bulan sama 2017,” katanya.

Tahun lalu, permohonan pinjaman kediaman di Malaysia mencecah RM239.6 bilion iaitu 15.6 peratus lebih tinggi berbanding 2016.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM101.5 bilion permohonan diluluskan iaitu pada kadar 42.4 peratus berbanding 42.3 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelum.

Jangkaan positif sektor hartanah tempatan itu bakal dipacu peningkatan permintaan pembeli mulai tahun ini selaras dengan perkembangan sosioekonomi rakyat Malaysia. Ketika ini pasaran hartanah kediaman tidak menunjukkan peningkatan harga yang mendadak ekoran isu stok kediaman di pasaran yang masih tidak terjual serta sentimen pelabur terhadap ketidaktentuan pasaran saham” Christopher Boyd, Pengerusi Eksekutif Savills (Malaysia)

Jom Beli Hartanah Sebelum tamat 2018.
Anda mampu ubah masa hadapan anda.

Call 0172694283 Shida

Whatsapp click link 👇

http://realestatepropertyagentshida.wasap.my

Popular posts from this blog

Rumah Selangorku @ KL South

Aria Park Citra Hill 2, Nilai, Negeri Sembilan.

APARTMENT TAMAN PUTRA IMPIAN, Bandar Seri Putra, Bangi (FACING POOL)